|
SIMPTOM ATAU
GEJALA KEHAMILAN
oleh Prof Dr
Azizan
Keletihan
Keletihan
melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan.
Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa
menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau
pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari
walaupun dalam keadaan sibuk.
Vena
Varikos
Urat-urat kaki
akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan
oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran
darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang
membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke
jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini
berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri
terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah
berulang kali hamil. Ceraian Salindah B1 membantu melancarkan aliran
darah agar mencegah berlakunya Vena Varikos.
Buasir
Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku
sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat)
disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat
membantu melawaskan pembuangan najis. Amalkan Bio-Fiber sewaktu
mengandung.
Pitam
Ini berlaku
akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah
dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur
jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun
perlahan-lahan. Ceraian Salindah B1 membantu menambah darah di
kalangan wanita hamil.
Morning
Sickness
Biasanya
berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras
hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi
lebih kuat. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah
seperti rasa serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk
menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah
karbohidrat dan susu. Produk yang disyorkan termasuklah Diafood dan
Susu Intelac.
Kulit Perut
Merenggang
Ia juga
dikenali sebagai stretcht mark yang berlaku kerana kulit menegang
dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan
ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari
dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.
Bisa Hati
Sakit hulu
hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih
lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut
menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan
terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu
dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau
bergoreng dalam diet.
Infeksi
Vagina
Perubahan
hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan
vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang
merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang
dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan seperti
Femina untuk mengawal jangkitan fungus.
Kerap Buang
Air Kecil
Kerap berlaku
pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing.
Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar
secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat
barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.
Kekejangan
Kekejangan
yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan
bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku
pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu,
dadih dan keju.
Dipetik dari
Mengandung.com
|