ADA RAHSIA PERKAHWINAN YANG ANDA INGIN TONJOLKAN? SEBARKAN DI SINI! 

LAMAN UTAMA KENALI KAMI PERSEDIAAN KAHWIN LEPAS KAHWIN
PETUA-PETUA KAHWIN NOSTALGIA DIREKTORI KAHWIN RAHSIA KAHWIN

ISTERI TERLAMPAU HANDAL PUNCA SUAMI KAHWIN LAGI

SAYA sedang mengandungkan anak kedua. Baru-baru ini, saya dapat tangkap suami bersama perempuan lain. Mereka baru saja berkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi suami sudah ingin masuk meminang.

Ketika saya tangkap, mereka baru pertama kali berjumpa (di syarikat perempuan itu bekerja).

Perempuan itu terkejut apabila mendapat tahu lelaki yang dicintai itu suami saya. Saya meminta dengan cara baik agar perempuan itu menjauhkan diri daripada suami saya dan dia akur kerana tidak rela dimadu.

Bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati perempuan itu masih lagi mengirimkan SMS kepada suami saya.

Sebelum ini, saya mempercayai suami seratus peratus, tetapi sekarang sudah tidak mempercayainya lagi.

Buat pengetahuan, sebelum ini kami jarang bergaduh dan hidup bahagia.

Kami juga masih tinggal berasingan kerana tempat kerja berjauhan. Saya di selatan dan suami di utara tanah air. Dalam keadaan ini, saya sangat tertekan. Apakah yang patut saya lakukan?

Isteri tertekan
Johor Bahru, Johor

Mungkin suami puan berasa dia berhak berkahwin lebih daripada seorang atas beberapa alasan dan sebab yang hanya dia tahu.

Berikutan itu , berbincang dengan suami dan tanya kepadanya dengan baik kenapa dia fikir perlu berkahwin lagi. Ada banyak sebab suami ingin berkahwin lebih daripada seorang.

Ramai lelaki terfikir untuk menambah isteri bagi menyelesaikan masalah dengan isteri yang ada atau membantu isteri.

Kadang kala masalahnya mungkin hubungan mereka tidak intim dan kurang mesra. Ada kalanya berkahwin lagi satu tidak menyelesaikan masalah ini.

Suami puan yang tinggal berjauhan mungkin merasakan kehidupannya kosong dan dia fikir kahwin dua akan mengisi kesunyian itu.

Ada kemungkinan juga dia berbuat begitu kerana mendapat sokongan atau dorongan daripada rakannya. Atau mungkin juga dia berbuat demikian kerana berasa kasihan dan untuk menolong wanita yang belum berkahwin.

Pada pendapat saya, isteri yang mendapat suami yang ingin berpoligami tidak harus berasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau kekurangan pada dirinya yang menyebabkan suami hendak berkahwin lain.

Ada sesetengah suami yang teringin hendak berkahwin lain bukan kerana isterinya ada kekurangan.

Sebaliknya, mungkin isteri yang overfunction, supermum, terlalu handal dan serba boleh yang membuat semua kerja di rumah, menangani urusan anak dan membayar semua bil keluarga.

Akhirnya isteri memikul hampir semua tugas ’suami’ sehingga menyebabkan suami merasakan hidupnya terlalu mudah dan banyak masa lapang. Perkara beginilah yang menyebabkannya suami terfikir dia memiliki kemampuan untuk berkahwin lagi.

Saranan saya, hentikan overfunction ini dan kembalikan fungsi suami seperti sepatutnya. Barulah suami akan sedar bahawa sebenarnya dia kurang berkemampuan untuk berkahwin lagi.

Mungkin dia juga perlu dinasihatkan terhadap tanggungjawabnya sebagai suami terhadap isteri yang ada.

Kalau anda sukar untuk menasihatkannya berjumpa guru agama yang boleh memberi nasihat yang wajar kepada suami mengenai poligami.

Perkara ini berlaku kerana ramai lelaki yang ingin berpoligami tidak mengetahui tanggungjawabnya dan risiko perbuatannya itu. Ada yang hanya fikirkan keseronokan semata-mata.

Apapun, puan perlu berbincang dan cubalah bawa masalah ini kepada pihak ketiga untuk menasihatkannya.

Kalau suami masih hendak berkahwin lain juga sebenarnya isteri tidak boleh berbuat apa-apa.

Saranan saya kita perlu faham bahawa hidup ini bukan kerana suami tetapi kerana Allah.

Berikutan itu apabila kita bermuraqabah menghampirkan diri kepada Allah, insya-Allah bertambahlah cinta kepada Allah dan ia akan menolong kita reda perbuatan suami menduakan isterinya


DARA SEMULA SELEPAS BERSALIN

Oleh Nurimanah Seman

Roziah Mohamad, 33, sibuk menghidang sarapan. Suaminya yang sedang tekun membaca akhbar tiba-tiba mengeluh.

"Kenapa bang? Apa yang tak kena?" tanya Rozi.

"Awak tuuu…..ah tak apalah!" Aman tidak jadi meneruskan kata-katanya.

Selepas menghirup seteguk dua kopi, suami Rozi bergegas ke tempat kerja. Tinggal Rozi  terkonteng-konteng. Terpinga-pinga dia mencari punca keluhan suaminya.

"Ah biarlah……nanti aku tahu juga," Rozi bangun meninggalkan meja makan.

Dengan langkah yang malas Rozi naik ke biliknya. Dia bersiap-siap ke studio kerana ada latihan menari.

"Aduuuhhhh…..malasnya nak pergi," keluh Rozi yang sedikit kesal kerana menerima tawran itu daripada rakannya. Tambah-tambah apabila terpandang anak kelima yang masih bayi.

"Ma! Maa…..! Bangun," dia terdengar sayup-sayup suara anak-anaknya. Rozi mengeliat, kelopak mata seperti digam, susah untuk dibuka.

Agak lama baru dia nampak, Aman rupanya, sedang duduk di birai katil. Tanpa sepatah kata dia membalikkan badan, mahu menyambung tidurnya semula.

"Kenapa ni? Dah pukul 7.00 malam berlingkar macam sawa kenyang," separuh memekik suara suaminya memecah kesunyian. Kemudian terdengar Aman merungut-rungut seperti keli di bawah banir. Luar biasa rungutannya, lalu Rozi teringat keluhan suaminya pagi tadi.

"Entahlah bang! Anak dah ramai agaknya, taklah lagi macam dulu," jelas Rozi dengan niat bergurau.

"Kalau banyak anak sekalipun, takkan nak biar saja. Awak tak sedar diri tu semakin kecut……" herdik Aman.

Tersentak Rozi. Belum pernah suaminya berkelakuan begitu selama ini. Lalu airmatanya mengalir deras. Melihat keadaan itu, Aman terus keluar bilik.

Rozi bungkam. Perlahanplahan dia muhasabah dirinya. Dia sedar 'keinginan' nya bersama Aman menurun selepas bersalin anak kelimanya.

Dia juga sedar, berat badannya tak menentu sehingga terjejas badan menggiur yang dimilikinya. Malah sejak akhir-akhir ini Rozi menghadapi masalah kencing, diserang senggugut dan macam-macam lagi. Semua keadaan itu mendorongnaya menjadi pasif terhadap suami.

"Jom akak kenalkan dengan Dr. Norhisham. Dia ada keadah rawatan untuk orang perempuan," ajak Zanariah, rakannya yang telah begitu lama mengamalkan rawatan terapi alga.

"Boleh juga, saya dah jemu dengan bermacam-macam vitamin, jamu dan krim tradisional," keluh Rozi.

Keesokannya, Rozi ke klinik Dr. Norhisham. Perbincangan selama hampir satu jam mengukuhkan keyakinan Rozi untuk mencuba minyak alga hasil usaha doktor itu.

Malam itu selepas mandi, Rozi menuangkan setitik minyak alga di hujung jari telunjuknya lalu disapukan, ditempat yang diajarkan. Kemudian setitik lagi diletakkan di bawah lidah.

Setelah tiga tahun mengamalkannya, Rozi dapat semula bentuk bdan seperti yang diinginkan, malah, kata suaminya lebih menggiurkan.

Soal keinginan tidak perlu dipertikaikan, setiap malam baginya adalah malam pertama. Minyak yang sepatutnya disapukan di bahagian 'itu' juga digunakan mengurut payu daranya.

Kini walaupun mempunyai tujuh orang cahaya mata, bentuk badan Rozi masih montok. Dan paling utama dia kembali 'dara' setiap kali lepas bersalin.

Menurut Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Alga Natural Therapy masalah yang dialami olehy Rozi bukan sekadar hilang keinginan tapi banyak lagi, semuanya berkait rapat dengan seks.

"Segala penyakit wanita seperti kanser rahim, payu dara, migrain, gastrik dan pelupa ada kaitan dengan masalah kesuburan.

Bila sebut kesuburan ia mesti ada kaitan dengan seksual. Keadaan itu menganggu keseimbangan hormon melatonin yang mengawal perasaan kasih sayang, cinta, keseronokan dan keinginan seksual," kata Dr. Norhisham yang menemui satu keadah merawat penyakit melalui kegiatan seksual dengan hanya menggunakan alga - sejenis rumpai laut.

Tambah Dr. Norhisham lagi, mungkin ramai yang tidak percaya rawatan kepada penyakit wanita adalah berpunca daripada alat kelaminnya. Manakala untuk merawatnya juga perlu dimulakan di situ kerana wanita mempunyai tujuh kali ganda deria rangsangan seks berbanding lelaki.

"Hormon melatonin yang mengawal keinginan, keseronokan, kegembiraan, kasih sayang dan berahi akan aktif jika dirangsang. Hanya dengan menyapu minyak alga, rangsangan akan sampai ke otak yang akan menyeimbangkan hormon.

"Bagi yang tiada masalah, minyak alga ini boleh digunakan sebagai antiseptik untuk membersih dan menghilangkan bau, menghalang jangkitan kulat serta kegatalan," kata Dr. Norhisham.

Dr. Norhisham menambah, gabungan ekstrak alga yang diperolehi di perairan Perancis, Shousma (habatussauda) dan kama sutra sejenis herba dari India adalah rahsia mengembalikan kebahagian rumah tangga.

"Alga adalah makanan kesihatan yang bukan saja untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga, mengetatkan yang longgar, tapi juga dijadikan ubat seperti kaser rahim, payu dara, keputihan, senggugut, melangsingkan badan, awet muda dan membentuk kembali pinggul dan payu dara.

"Ia lebih daripada kacip Fatimah, manjakani atau akar kayu kerana khasiatnya boleh dikongsi bersama suami. Tapi jika suami yang memakainya, isteri tak dapat nikmat tersebut. Sebab itulah saya syorkan perempuan saja yang ambil.

"Malah alga lebih hebat dari itu, kesannya segera. Hari ini pakai, esok sudah dapat dirasai perubahannya, kalau yang longgar akan kembali tegang, yang dingin akan hangat semula," kata Dr. Norhisham ketawa.

Rumpai itu juga mengecutkan rahim dengan cepat, membetulkan metabolisme dan paling penting menghangatkan kembali hubungan suami isteri.

Dr. Norhisham turut mengingatkan wanita agar menjauhi makanan masam, jeruk, limau dan mengambil terlalu banyak vitamin C.

"Makanan tersebut membunuh keinginan seksual. Vitamin C memang bagus untuk kulit tapi ia tak sesuai untuk cuaca panas seperti Malaysia. Ia menjejaskan kehidupan rumah tangga seorang wanita," kata Dr. Norhisham