|
Belum kahwin? Masih
lagi mencari? Jangan risau! Cuba guna
panduan ini!

Nervous?
Tergagap-gagap, don't know what to say at your wedding? Don't be! Get free
wedding speeches
here!
KL Weather

Users Online
Adult Dating
|
KAUNSELING PERMASALAHAN CINTA &
RUMAHTANGGA
Wanita
Jadi Mangsa Kerana Pilihan Sendiri (Sumbangan
Anonymous)
Kkebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu
sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi
baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu
sama lain.
``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang menimpa mereka, malah ada
kawan-kawan wanita yang datang bertanyakan pendapat dan pandangan saya
bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa diri mereka.
Saya juga kesian dengan nasib wanita yang teraniaya dan boleh saya katakan
secara singkat di sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi mereka
sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.
``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang menganggap diri mereka
sebagai `mangsa' lelaki atau suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai
``orang yang suka diri menjadi mangsa - playing the role of victims''. Mana
tidaknya, mereka yang sanggup berkorban atas dasar cinta atau bertolak ansur
dengan suami demi kebahagiaan keluarga.
``Sedangkan, sikap bodoh dan ego
mereka itulah sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka. Puan,
saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan khas untuk digunakan bagi
memberi nasihat kepada mereka yang bermasalah seperti ini.
``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini terdiri daripada kaum
wanita yang sudah berumur. Ada yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji
empat atau lima angka bahkan ada yang lebih enam ribu ringgit sebulan.
Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah mengerjakan haji dan pergi umrah
berkali-kali. Jadi mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki seperti
itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan umurnya lebih muda)?
``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup mereka sudah jauh lebih
senang berbanding dengan calon lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah
mempunyai pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak dalam mengurus
hidup sendiri. Malah boleh dikatakan wanita golongan ini hidup mereka sudah
lebih daripada bahagia dan amat selesa tanpa suami.
``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum keluarga, saudara-mara
yang kaki penyibuk. Terutamanya ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka
mati nanti tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah berumur ini `tak
diselamatkan' (tidak dikahwinkan).
``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah sangat tentang pasangan
hidup mereka, sebab kehidupan mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau
setiap masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum keluarga mulalah
mendongengkan kisah anak dara tak kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak
larat nak dengar lagi.
``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah. Mengikut! Jadi, sebagai kawan
yang lebih berumur dan dewasa daripada mereka, bila mereka bertanyakan
pendapat saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah sahaja supaya
ibu bapa mereka boleh menutup mata betul-betul rapat bila mati nanti, tapi
ingatlah kepada beberapa nasihat saya.
``Saya memberi mereka tujuh petua, kalau nak kahwin juga dengan lelaki yang
jauh lebih rendah pendapatan serta pendidikan serta berumur jauh lebih muda
daripada diri mereka sendiri. Kata saya, kalau ikut tujuh petua atau panduan
ini kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia.
Berikut adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.
``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah membeli rumah sendiri,
yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda
mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas
tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami?
``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti
membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan
anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah
menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri
dan anak-anaknya.
``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta)
jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas
ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil
alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia
akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab
seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul.
``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda
jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk
dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak
dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon,
jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar
sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!
``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami.
Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar
kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama
termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua
yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau
sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja.
``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah.
Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar
suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk
kemewahan anda.
``Ketiga, jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli
keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk
keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar
dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia
mencari jalan keluar sendiri.
``Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat
memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama
tanggungjawabnya kepada anak-anak.
``Keempat, kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri,
anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil
tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda
bekerja demi masa depan anda.
``Kelimanya, jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami
ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda
bukannya bank atau PTPTN. dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya
terhadap keluarga mesti didahulukan.
``Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung
belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih
hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh
tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda
sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus
dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.
``Kerana pada pandangan saya semuanya adalah salah anda, anda tidak berterus
terang dari awal dan jika ditakdirkan anda dimadukan terima saja jangan
menangis,
``Keenam, jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda.
Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda
berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda
juga yang akan kecewa.
``Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah
mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya
dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti
jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang
berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu
malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat.
``Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan
berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim
Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak
semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih,
meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada
orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.
``Nasihat saya yang ketujuh dan terakhir, jangan sekali-kali buat joint
akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi
seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun
menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu
hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak
terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal
kemudian hari.
``Inilah tujuh nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan
nasihat saya, dan insya-Allah mereka berjaya dalam hidup hingga beranak
pinak, ini bukan soal ego, tetapi sensibility. Setiap insan ada
tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah
seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam
sekitar. Musibah akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan
menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.''
Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN
BARU-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami
yang menjadi suri rumah tangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami
berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumah tangga, manakala isteri
meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya,
namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat
keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.
Punca utama yang menyebabkan pasangan suami isteri membuat keputusan ini
ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan kemudahan penjagaan anak yang
memuaskan hati.
Mengambil pembantu rumah tidak menjadi pilihan kerana mereka merasakan
kehadiran pembantu ini mengganggu privasi. Menghantar anak-anak ke pusat
asuhan juga dianggap tidak sesuai kerana tahap penjagaan yang kurang
memuaskan hati. Maka, keluarga yang dalam keadaan ini memutuskan bahawa
adalah wajar si suami berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga,
manakala isteri terus bekerja dan secara tidak langsung menjadi pencari
nafkah keluarga.
Ada yang melihat suami-suami yang memilih menjadi suri rumah tangga
sebagai kumpulan yang mengalami perubahan paradigma kerana sebagai lelaki,
mereka sanggup membuat kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh wanita.
Oleh kerana itu, keputusan mereka dipandang mulia dan terpuji. Namun,
wajarkah aturan seperti ini berlaku dalam keluarga Islam?
Wajarkah seorang suami yang beragama Islam menjadi pengurus rumah tangga,
manakala isterinya menjadi pencari dan pemberi nafkah untuk keluarga
tersebut?
Pastinya, tidak wajar. Aturan ini tidak wajar bukan kerana Islam
menghalang suami dari melakukan kerja-kerja rumah.
Malah, suami amat digalakkan untuk membantu isteri di rumah sebagaimana
Rasulullah s.a.w. pernah membantu isteri-isteri Baginda.
Aturan ini tidak wajar kerana ia melanggar ketetapan Allah bahawasanya
dalam keluarga Islam, tanggungjawab nafkah terletak di bahu suami (An-Nisa’:34).
Ini bererti, dalam keluarga Islam, golongan suami yang wajib bekerja untuk
mencari nafkah dan bukannya isteri.
Walaupun Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja, tetapi wanita
bekerja bukan untuk menanggung nafkah keluarganya.
Melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti suaminya berpenyakit dan
tidak boleh bekerja atau wanita itu merupakan seorang ibu tunggal, si
isteri terpaksa menjadi pencari nafkah untuk keluarganya.
Jika dia redha dengan aturan tersebut, maka itu adalah lebih baik baginya.
Sebaliknya, jika dia tidak reda, tiada kesalahan baginya kerana waris
suami perlu memainkan peranan mereka seperti yang termaktub dalam al-Quran
surah al-Baqarah ayat 233.
Sekiranya suami tiada halangan
untuk bekerja, mereka perlu menanggung nafkah keluarganya. Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda yang membawa maksud: “Jika seseorang itu mencari
kayu api dan menjualkannya, itu adalah lebih baik dari dia meminta-minta”.
Demikianlah kerasnya tuntutan Islam
agar kita berusaha mencari rezeki.Justeru, walaupun gaji isteri 10 kali
ganda berbanding suami, suami masih perlu memberi nafkah kepada
isterinya.Jumlah nafkah sebenarnya bergantung kepada kemampuan suami.
Jadi, tiada isu bahawa apa yang diberi oleh suami tiada nilai di sisi
isteri. Yang penting, nafkah itu dapat menampung keperluan keluarga
tersebut.
Di zaman serba canggih dengan teknologi maklumat (IT) ini, memang wujud
banyak kesempatan untuk bekerja dari rumah. Malah, ramai yang kini mencari
rezeki dari bilik tidur mereka sendiri dengan menggunakan Internet.
Sekiranya suami-suami tadi tidak bekerja di luar rumah tetapi masih
mempunyai pendapatan dengan bekerja dari rumah dan menggunakan pendapatan
tersebut untuk keluarga, maka aturan ini boleh diterima oleh Islam.
Namun, jika suami tadi hanya menjadi pengurus rumah tangga tetapi tidak
membawa nafkah, maka itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar.
Malah, isteri boleh menuntut fasakh sekiranya suami gagal menunaikan
tanggungjawab nafkahnya untuk tempoh yang tertentu.
Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan al-Quran
dan Sunah sebagai panduan untuk mengatur kehidupan kita.
Jadi, apa perlunya menoleh ke Barat?
Jika fenomena suami menjadi suri rumah tangga ini semakin ketara di Barat,
mestikah ia juga berlaku dalam masyarakat kita?
Akan mundurkah masyarakat kita jika fenomena yang sama tidak berlaku di
sini?
Bagi masyarakat yang tiada panduan, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi tidak
bagi masyarakat Islam. Jika masyarakat Hadhari menjadi matlamat kita, ini
adalah antara perkara-perkara yang perlu dihentikan segera. [Utusan
Malaysia]
Jika anda masih tidak senang hati,
jangan biarkan masalah anda membelenggu dan mengganggu anda. Hubungi mereka
yang berkelayakan seperti berikut untuk mendapatkan khidmat professional.
-
Ustaz (Karangkraf)
dan di
Harian Metro Fikrah
(Penolong Professor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri sedia
membantu umat Islam yang berhadapan dengan kemusykilan agama. Hantarkan
masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada
fikrah@hmetro.com.my).
-
Dr.
Mashitah di Harian Metro
-
Dr. Ismail Thambi
di Harian. Metro.
-
Dr. Fadzillah Kamsah di
Excel
Training & Consultancy atau di
irunding.com
-
Sakit
Puan
Perbincangan tentang masalah perempuan.
-
Sakit
Tuan
Perbincangan mengenai masalah lelaki.
-
Tazkirah - Bagi remaja yang mempunyai
masalah untuk diungkaikan. Sila email
tazkirah@hmetro.com.my
-
Puan
Kamaazura Md Kamel - Perunding Keluarga & Khidmat Guaman
Sharie 017-777 7466. Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam
bidang guaman (sivil dan syariah). Beliau merupakan lulusan
undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
-
Asmah Bee Md Nor - Prof. Madya
Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia,
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
-
Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan - 03-2273 3788 (Am dan Pertanyaan).
-
Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan - 03-2274 9333 (Am dan Pertanyaan).
Jika anda ingin meluahkan perasaan
anda secara "anonymous" sila kongsikannya di Forum Permasalahan kami di
Forum
Nostalgia Kahwin.
Prinsip
rumahku syurgaku yang ditekankan
oleh kerajaan. Apakah maksudnya ini?
Artikel Terkini...
Adakah anda dan dia sehaluan?
Tidak dara lagi? Hantaran maskahwin kena turun?
Masalah cinta...susahnya nak cari jodoh...mukaku macam samdol ke?
Betulke
Mawi dah nak kahwin?
Sajak-sajak
menghiburkan ketika hendak pergi meminang etc.
Terlanjur
dengan kekasih...Bincangkan permasalahan anda
bersama Dang
Setia di Harian Metro!
|
Aku Gay:
SAYA remaja lelaki berusia 19 tahun. Sebenarnya saya malu nak
menceritakan masalah saya tetapi disebabkan kebuntuan, saya tiada
pilihan lain. Sebenarnya sejak berusia 13 tahun saya menjalani
kehidupan seorang gay (homoseksual). Selepas tujuh tahun terjurumus
dalam kehidupan gay, pada satu hari sewaktu di bilik kuliah saya
terpandang gadis cantik bernama S.
S memang seorang....
Air Mata Di
Malam Pertama...Ikuti
kisah malam pertama yang hangat dan mendebarkan diceritakan semula
oleh Nurulhuda. |
|
RUANGAN
IKLAN
Rizalman
Ibrahim
CT Catering
AuraSeri
Eleena
Lamat
Zainal Canopy
Kursus Perkahwinan
@Zura's
Akademik
Iklankan Perkhidmatan anda
di sini. Maklumat lanjut sila
hubungi kami
Rumahku Syurgaku
Koleksi Nasihat
Ustaz Ismail Kamus
Cinta Dahulu Sebelum Kahwin
Wanita - Tulang Rusuk Yang Bengkok?


|