|
 

Sila hubungi
017-3164309 (Zaidi) Untuk Pembelian Produk MALAM JUMAAT




Malam pertama adalah saat-saat yang amat
ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai. Di waktu ini
tiada lagi rahsia antara pasangan. Semuanya terdedah!
Intimasi diri dan perkara sulit peribadi menjadi
terbongkar. Banyak juga saya mendengar
cerita-cerita malam pertama dari pelawat SyokKahwin.com. Ada
yang melucukan juga. Malam ini adalah juga penentu kepada
kejayaan dan kepuasan sesebuah rumahtangga. Secara
lazimnya, bagi mereka yang baru ingin mengenal
mengenai hubungan kelamin antara suami isteri akan
dipenuhi dengan perasaan cemas dan debaran yang
memuncak. Jangan masuk bilik terus berbogel,
telanjang
atau nude
sudahlah..hehe..Fikiran kenalah ditumpukan khusus kepada isteri
bukannya pada Fasha Sandha, Sari Yanti, Fauziah Ghous, Linda Rafar atau Nur
Fazura! Kenalah sabar, jika tidak nanti seperti dirogol
pula. Kena elakkan keganasan. Tingkatkan kelembutan dan keasyikan. Kami di sini dengan sukacitanya ingin
meredakan perasaan yang tidak menentu itu dengan
segmen-segmen khas dan panas yang boleh menjadi
panduan kepada bakal mempelai. Jika anda ingin
mengetahui perasaan mereka yang pernah melaluinya dan membincangkan
mengenainya, sila ke ruangan forum nostalgia kami.

Sila hubungi
017-3164309 (Zaidi) Untuk Pembelian Produk MALAM JUMAAT
Produk kesihatan
Malam Jumaat merupakan sebuah produk berasaskan herba hasil gabungan
rahsia-rahsia perubatan tradisional dengan kemajuan teknologi
canggih.
Layari
http://www.mjmalamjumaat.webs.com/ sekarang!

MALAM PERTAMA
Pelayaran malam
pertama
MALAM pertama
adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman
berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya
untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya
apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada
pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu
diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran
malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga
pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati
dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama
berjalan lancar.
Seseorang wanita
juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana
mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau
terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan
mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam
pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya
apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil
melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh
membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan
pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin
mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh
menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan
intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak
mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu
melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting
ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut
bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan?
iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat
untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan
tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa
faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke
dalam faraj.
Andainya masih
juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli
bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila
sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan
tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa
mereka.
Bagaimanapun,
perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh
terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang
hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa
seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan
rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali
gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada
pasangannya.
Keadaan ini
dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh
berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat
mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan
ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya
perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang
seterusnya.
INGIN MENGETAHUI TEKNIK
BERGAMBAR JIMAK KAMASUTRA SEBENAR?
KLIK SINI!

MERANCANG
KELUARGA
Jenis-jenis
kondom dan cara-cara memilihnya
-
Kondom biasanya diperbuat
daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex
kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan
polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang
fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada
latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah
menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada
pecah jika digunakan dengan betul.
-
Kondom latex hanya boleh
digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti
vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex
tersebut.
-
Kenapa perlu guna kondom? Kondom
adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan
penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan
mencegah kehamilan.
-
Kondom dan pelincirnya
(lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide
yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan
kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
-
Terdapat pelbagai jenis kondom di
pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.
-
Kondom tidak mempunyai
saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik
dan boleh di"stretch" untuk meliputi sepenuh saiz
ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan
untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar
seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat
untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit
daripada negara-negara barat.
Sila pastikan bahawa
kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan
antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau "British
Standard Kite Mark)
Ribbed kondom biasanya
mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan
geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang
kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap
perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk
memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan
keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda
termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau
chocolate.
Kondom-kondom boleh
didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven,
stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant,
Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Cara-cara memakai kondom
-
Pasanglah
kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi, sebelum
penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus
menyelubungi penis sampai ke pangkal.
-
Jika kondom
yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya,
tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di
sana. Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar
kondomnya tidak pecah.
-
Supaya
kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit pelincir
berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.
-
Pegang cincin
kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar. Apabila Anda belum
disunat, tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom
terpasang.
-
Bila kondom
tersebut dirasakan bocor, hentikan kegiatan seks anda segera.
Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru. Selepas ejakulasi,
cepat tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah.
Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di
vagina kerana kelicinannya.
-
Kemudian
bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah. Cuci
tangan bersih-bersih.
-
Jangan
sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali. Ingat,
kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja.
KESUBURAN
WANITA
Menentukan
Kesuburan Wanita -
Mengelakkan
Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita
Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu
apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan
di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.
Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan
48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36
tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali
kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan
mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar
sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama
mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus
diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan
pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk
menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.
Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu
mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu
pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period.
Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan
kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada
beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:
Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya
subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira
dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah
sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya
meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.
Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh
bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu
badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).
Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti
rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir
yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat,
jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti
putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar
bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.
Catatan
Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan
suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik
LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas
yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang
biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan
ini.
Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum
meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan
menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah.
Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam
mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian
dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari
melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru
digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.
Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan
jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan
benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan
turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia
meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan
ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika
bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita
tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh
hamil.
Ujian
Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk
menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon
progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid.
Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid
sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya
tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal
demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah
tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam
aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.
Ujian D
& C
Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang
subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal
rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang
rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage.
Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal
rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih
lelaki ke dalam sistem peranakan.
Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal
dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga
boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu boleh
mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak
langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.
Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air
berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu.
Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian
terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang
dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang
kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan
saluran peranakan tersebut.
Pemeriksaan Fizikal
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah
dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada
kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina
berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan
pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan
imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras
hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih
perempuan.
Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada
system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini
melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari.
Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system
peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan
peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar
sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal
rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan
keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka
dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh
ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu
fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang
mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu
congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh
menyebabkan masalah kesuburan.
Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam
perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop.
Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci
di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat
keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat
sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita,
rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat
penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi
sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara
jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang
digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran
benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita,
kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh
lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana
ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau
tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian
saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan
tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini
boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’
dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu
pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun
untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
Untuk melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah
dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius
bagi menjalani pemeriksaan ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN,
pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita
tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat
tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.
Ujian
Hysterosalpingogram
(X-Ray)
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan.
Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram.
Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga
saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray
diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke
dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil.
Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid
tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur
dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan
telah berlaku.
Bagaimana
meningkatkan kesuburan?
-
Elakkan makan
makan daging merah ( cthnya daging lembu, kambing,rusa dll. )
-
Elakkan makan
makanan dari tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll produk tenusu
). Tetapi, ini haruslah digantikan dengan meminum susu soya.
-
Elakan minum
kopi dan teh. Ini kerana caffeine di dalamnya akan menyebabkan
pengurangan kesuburan sebanyak 50%.
-
Tenangkan
jiwa senang tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila tenang,
badan kita pun tenang.
Mengenali Kitar
Haid Wanita
Apakah sebenarnya pusingan haid ini?
Ini adalah
pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai
tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan
ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.
Hari pertama datang haid sehingga sehari
sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan.
Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap
normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari
sahaja. Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 –
40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini
mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang
dan mereka adalah kurang subur.
Adakah
pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?
Pusingan
haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang
pituitary , hormon-hormon
FSH dan LH ,
manakala kilang ovarii mengeluarkan
hormon-hormon oestrogen
dan progesterone . Begitu juga
dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras,
kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon
wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang
ovari.
Kilang pituitary
pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH.
Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk
mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan
hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon oestrogen
dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini
adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan.
Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah
haid.
Begitulah
keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu
penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi
seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan
fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.
Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid?
Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya
pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita.
Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah
tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan
memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang
diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan
selaput daranya.
Ada kes yang
dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj
mengalami penyakit yang digelar “tampon shock” akibat
dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan
tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita
berkenaan.
Ada juga wanita
yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang
dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan
nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah
air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik
yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang
sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia
boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan
satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.
Setelah bersih
dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk
membolehkan ia melakukan amal ibadat.
Apakah yang
dimaksudkan dengan taqwim haid?
Taqwim haid
adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian
atau dairi. Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya
dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta
menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil. Setiap
wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan
jumlah hari haid mereka dalam dairi. Dari catitan ini banyak jenis
gangguan dan penyakit boleh dikesan.
Perbuatan ini
mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.
Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah
penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan
tarikh kelahiran bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa
mustahaknya taqwim haid. Kelalaian ini telah menimbulkan banyak
kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.
Dalam pengalaman
saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita, kerapkali saya temui,
wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur
kehamilan menjadi kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim haid
ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari
ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang
jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan
kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu
selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28
).
Bagaimana
kaitan haid ini dengan
waktu subur ?
Wanita hanya
keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum
dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang
ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih
kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat
belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
Waktu penetasan
telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh
berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
Jika pusingan
haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur (
telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita
perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat
peluang untuk hamil.
Untuk menentukan
panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah
sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh
sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus
selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara
hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini
bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat,
kehamilan tidak mungkin berlaku. (dipetik
dari laman web Dr. Ismail Arshat)
CARA BERJIMAK
MENGIKUT ISLAM
Masa berjimak
untuk mendapatkan Zuriat Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini
sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua
yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua
suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka
dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika
dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik
ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan
kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah
mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau
yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta
pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam
tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).
Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir,
songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara
berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha
terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid
sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala)
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang
akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat,
berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana
di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak
ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama
dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan
anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia
tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
The
Ultimate G Spot Sex Technique For the Best Orgasms She's Ever Had!
What
if there was a surefire easy to perform sex technique that guaranteed your lover
an orgasm? What if this
sex technique guaranteed her orgasms so good that she would think she was in
orgasm-heaven? What if
you knew what this sex technique was? How incredible would your sex life be?
TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN

Teknik-terknik persetubuhan atau senggama
Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara
explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan.
Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau bersenggama anda. Baca
artikel ini yang dijamin akan
manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!
Teknik
Bersetubuh Barat Sebenarnya terdapat banyak posisi
persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan
dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu
adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa
iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan
cukup menyenangkan.
Selanjutnya*.....
Posisi
Hubungan Seks Ketika Hamil
Bila anda
hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan
seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan
seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah
beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:
Posisi
wanita di atas.
Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini
kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman
penetrasi.
Posisi
duduk.
Posisi ini
biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan
kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan
isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila
isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula
adalah posisi yang terbaik.
Posisi suami
berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
Posisi
berlutut atau berdiri.
Yang paling
penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu
pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu
hamil.
Kita sedar
bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam
menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan
perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami
isteri.
Tetapi jangan
pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting
dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh
hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau
senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang
kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu
sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami
keinginan masing-masing.
Adakah
Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?
Ramai yang
bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa
hamil? Tak bahayakah?
Ya, anda boleh
melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan
biasa atau normal.
Ada antara ibu
yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh
menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan
hubungan seks.
Hubungan seks
atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana
adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan
terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan
secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu
perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita
berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan
perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.
Namun
kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya
ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau
hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan
maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan
hubungan seksual lagi.
Biasanya
doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual
pada kes-kes kehamilan berikut:
1. Ancaman
keguguran atau pernah alami keguguran.
2. Placenta
berada dibawah (plasenta previa)
3. Riwayat
kelahiran premature (pra-matang)
4. Pendarahan
vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
5. STD atau
penyakit seksual yang menular.
Jika anda
masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan,
jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda
Dipetik dari
Mengandung.com

BEBERAPA
TIPS UNTUK HAMIL
1. Waktu Terbaik
Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting
bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang
sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada
waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan
bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan
ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu
anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa
telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48
hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan
hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas
ovulasi.
2. Kekerapan
Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah
bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @
fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu
harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya
dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang
lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap"
anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda
melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri)
subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung
tidak ada.
3. Nikmati Proses
Hubungan Seksual Anda:-
Daripada
penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai
orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana
alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding
keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang
bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka
kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih
tinggi.
4. Posisi
Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang
dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan
terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk
anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda,
sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma
selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks
bersama sama.
Keadaan ini akan
memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal
yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma
terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk
berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan
usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi
seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi
wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian
dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba
berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak
Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti
yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas
hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya
sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah
ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk
sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda
juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan
pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan
pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para
Suami:-
Para suami
sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau
mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan
kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma).
Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan
suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa
jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap
sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan
Anda:-
Menjaga kesihatan
adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi.
Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil
daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas
diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk
hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang
bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan
kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya
dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda
telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah
penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk
dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan
anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus
berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding
terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling
penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama
berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan
seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut
pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami
tentang berita gembira ini!
Dipetik dari
Mengandung.com

MERANGSANG WANITA
Cara-cara
merangsang wanita (dengan cumbuan)
Cumbu rayu
sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu
berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan
bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh
suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah
memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam
liang faraj (liang kemaluan).
Hendaklah
ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas
dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan
sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jadi
daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang
sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di
seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher
dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah
dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks,
maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu
dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).
Berbeza
dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa
tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih
mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan
matanya.
Keberahiannya
cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan
bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan
inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi
tegang.
Oleh kerana
terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan
wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu
rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan
mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang
menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk
mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.
Setelah
rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan
fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap
bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya.
Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah
mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana
tersirat dalam sabdanya yang berikut:
“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang,
melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan .Dikatakan
:"Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’"Maka beliau bersabda:
(iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Lebih tegas
lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan
persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara.
Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah
“Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.
Seorang suami
haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous
iaitu yang berikut:
1. Daerah
kening
2.
Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi
dan sekitarnya
5.
Bahagian tengkuk
6.
Bahagian leher
7. Daun
dan belakang telinga
8.
Payudara terutamanya puting
9. Bibir
dan lidah
10. Bahagian
dalam mulut
11. Peha dan
sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian
perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian
kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. bahagian
tumit
Bahagian-bahagian
ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan
perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau
digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat
diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis
dari isteri sehingga stimulus yang diingini.
Berbagai cara
sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih
ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula
dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu
berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di
kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua
ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya
untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang
seluas-luasnya.
Mengingati betapa
pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja
manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita
perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka
melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan
gerakkan mengawan.
Kucing umpamanya,
sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina
agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga
mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari
menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin.
Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil
pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.
Jadi sungguh jauh
ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi
isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka
seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh
lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh.
Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata
Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita
dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan
nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu
berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi
adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa
sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan
kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi.
Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk
ke dalamnya.
Sebaliknya kalau
liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan
menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan
negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya
berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak
setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan
frigid.
Begitulah
pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh.
Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang
berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku
cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang
barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang
kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku
binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.
Adakah kita
patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium
dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh
membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak
pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:
“
Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang
zalim.”
Tambahan pula
menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika
bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah
s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila
seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan
janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.
Mengapa
Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal
sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat
dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara
manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan
tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Hendaklah diingat
bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah
malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka
sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat
merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita
patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara
suami-isteri.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian
adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali
ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya.
Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah
mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Betapa bagusnya
andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu
sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual
dalam kerdhaan Allah Taála.
Suami yang
bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi
wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati
kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga. (dipetik
dari laman web Dr. Ismail Arshat)
Rahsia Seks
Lelaki
Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.
1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.
Rahsia Seks Wanita
Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.
BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.
WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
Mencari G-Spot
Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan?
Sila rujuk
di
sini atau
sila baca artikel G-spot ini
(18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk
melayari laman ini sahaja).
Foreplay
Apakah wilayah yang
penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?
-
Dahi - Minta teman
anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh
romantis
-
Leher - Mulakan dengan
mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
-
Telinga - Usap telinga
pasangan anda dengan lidah.
-
Bibir - Cium
perlahan-lahan dan dengan lama.
-
Mulut - Beri ciuman
french kiss yang mengejutkan!
Teknik-teknik
hangat untuk membangkit suasana romantis dan panas antara suami isteri di
AskMen.com
MASALAH SEKSUAL
Female Sexual Dysfunction (FSD)
Ini
berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection
Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh
dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan,
kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika
lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini
wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk
menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada
tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs
Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari
www.zestra-asean.com.
Menghilangkan "Love Bite"
Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.
1)
Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4)
Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
|