|
LEMAH ZAKAR DAN MATI PUCUK
Syarat utama
menuju kebahagian perkahwinan ialah melalui mencapai potensi
seksual atau kemampuan seks yang didambakan. Ia merupakan syarat
paling utama. Kemampuan seks seorang suami memegang peranan penting
dalam usaha membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.
Sebaliknya kehancuran rumahtangga yang disebabkan kerana tiadanya
potensi seksual suami berpunca setelah adanya perjuangan yang
memberikan hak dan peranan yang sama pada wanita dalam bidang seks.
Mati pucuk adalah
cacat seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai
keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang
serius iaitu boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan
tidak dapat menghasilkan keturunan.
Orang lelaki yang
tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten apabila
batang zakarnya lembik. Kalau dalam bahasa Arab disebut “Unnah”
atau dalam bahasa kita sebagai “mati pucuk” pada batang zakarnya.
Hendaklah
dibezakan antara impoten dan lemah zakar. Impoten
adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang
zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai
nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar
adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun ia dingin
sekali nafsunya untuk berhubung kelamin.
Dalam hal ini
terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi
seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual
sangat besar dan ada pula yang sangat dingin.
Impotensi
dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
Mati
pucuk
Mati pucuk
organik disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam badan ataukerana
gangguan jasmaniah.
Lemah Zakar
Lemah zakar
bererti tiadanya kesanggupan melakukan seks akibat gangguan mental.
Sebab-sebab mati
pucuk organik antara lain adalah disebabkan berikut:
-
Setiap
penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang
pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang
lembik dan membengkak, bahagianvesicula seminalis di
mana terdapat semen disimpan, tumor
-
Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan
sejenisnya Menyebabkan merosotnya daya seks.
-
Tekanan darah
yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan
seseorang mati pucuk.
-
Gaya hidup
seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang
berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.
-
Umur tua juga
akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin
sama ada boleh atau tidak.
-
Kebiasaan
masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan
menyebabkan mati pucuk.
-
Keletihan
yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.
-
Coitus
interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan
seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada
vesikula seminalls.
-
Kesihatan
yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan
seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.
Lemah zakar
disebabkan oleh:
-
Takut kalau
isteri hamil merupakan sebab yang menyebabkan impotensi.
-
Orang yang
bersetubuh dengan disertai rasa takut mendapat anak
akanmenyebabkan daya ereksi menjadi lemah.
-
Rasa jijik
dari salah satu pihak boleh melenyapkan dorongan seksual suami.
-
Mengalami
tekanan hidup seperti rugi dalam perniagaan, tekanan dan kegelisahamengenai
pekerjaan mengganggu daya keinginan seks.
-
Rasa takut,
muak dan bimbang dapat menurunkan daya keinginan seks.
-
Pada dasarnya
gangguan mental adalah punca berlakunya lemah zakar.
Lelaki yang
lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi tetapi
batang penisnya tidak dapat bereksi sehingga tidak dapat
menembus di dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini
seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa.
Mati pucuk
dan lemah zakar adalah dikategorikan sebagai suatu penyakit.
Maka hendaklah berusaha menyembuhka. Usaha penyembuhan merupakan
langkah yang baik. Dengan dapat mengatasi mati pucuk dan
lemah zakar bayangan kelam yang selama ini menghantui setiap
pasangan suami-isteri akan bertukar menjadi sinar cerah.
Usaha
menyembuhkan mati pucuk lebih mudah diatasi daripada lemah
zakar. Usaha penyembuhannya mesti dilakukan secepat mungkin
sebelum boleh mencapai tahap kronik. Ilmu kedoktoran menemui
cara-cara yang sangat efektif untuk menyembuhkan mati pucuk ini. Di
antara cara-caranya ialah melakukan pembedahan, menyuntik hormon
kelamin lelaki yang sudah dimurnikan dan merawat menggunakan
ubat-ubatan tradisional.
Pendek kata
berkat kemajuan ilmu kedoktoran masa kini, masalah mati pucuk sudah
dapat dikenalpasti dan diberi diagnosis iuntuk diatasi. Jadi kita
usah berputus-asa bila dapat penyakit asal berikhtiar secepat
mungkin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Cara mengatasi
lemah zakar antara lain dengan melakukan penyelidikan latar
belakang sejarah seseorang dari awal sehingga mendapat dari lemah
zakar. Pekerjaan seperti ini harus ditangani oleh seorang ilmu
kejiwaan Dan ini bererti penyelidikan dilakukan ke atas latar
belakang kejiwaan pesakit itu.
Setelah
melalui analisa yang mendalam ini dan diketemukan sebab-musababnya
sesorang menjadi lemah zakar (iaitu ketakutan, atau kurang
adanya kepercayaan akan kebolehan seseorang melakukan seks atau rasa
muak terhadap perilaku isteri terhadap dirinya dan lain-lain lagi)
sikap keterbukaan suami-isteri di dalam usaha menyembuhkan lemah
zakar di hadapan doktor yang memeriksanya adalah perlu sekali.
Jangan sekali-kali menyembunyikan masalah-masalah yang dirasakan
mengaibkan daripada doktor pakar jiwa. Terangkan satu persatu
masalah yang dihadapi.
Lemah zakar
memerlukan usaha yang sabar dan lama. Tetapi usaha itu lebih cepat
berhasil jika ada bantuan dari pihak isteri yang menjadi teman suami
dalam hubungan kelamin. Dorongan isteri, kehalusan budinya,
kesabarannya akan mempercepatkan proses pemulihan lemah zakar
suaminya.
Dipetik dari
laman Dr. Ismail Thambi
KHIDMAT
PULIH ZAKAR
|