|
MERANCANG JANTINA ANAK
Merancang anak
lelaki
Petua yang
saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin
dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya
benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih
tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih
isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY
(anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri
benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi
lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak
tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang
beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba
anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan
yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman
gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut
adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga
diperlukan.
2.
Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri
( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah
mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan
Kemandulan’.
3. Menukarkan
cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau
basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet
dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan
persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli
dari farmasi.
4. Kaedah
suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani
suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi
tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk
dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan
jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi
diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak
perempuan.
Merancang
anak perempuan
Kaedah-kaedah
yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis
panduan berikut;
1. Digalakkan
memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air
minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.
Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).
Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang
boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan
dan Kemandulan’
3. Melakukan
‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2
jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya
merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki
kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur
Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Bila boleh
tahu ?
Ujian
Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur
kandungan antara 5-6 bulan.
Bolehkah
merancang anak kembar
Dalam keadaan
biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian
kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
Wanita-wanita
yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar
bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% ,
sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani
rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.
Anda boleh
mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur
membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.
Makanan
terbaik untuk pembentukan otak.
Protin adalah
zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia
boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging
lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut,
tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan
produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu,
ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin
yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya
dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih
makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik !
Mungkin benar?
Minyak ikan
dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak
dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5
bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi
wanita-wanita hamil !
Dipetik dari
artikel Dr. Ismail Thambi
GENDER SELECTION
A baby is
conceived when the sperm (produced by the father) fertilises the egg
(produced by the mother). The egg carries X chromosome while the
sperm can carry X or Y chromosome. If X-carrying sperm fertilises
the egg, a baby girl will be conceived and if a Y-carrying sperm
fertilises the egg, a baby boy will be conceived.
There is a
popular but unfounded theory that you can try to influence the sex
of your baby by creating situations that favour the X-carrying sperm
over the Y-carrying sperm or vice versa. It has been found that X
and Y sperm behave differently. Y (male) sperm swim faster, but are
smaller and do not live as long as the larger, slower but more
long-lasting X (female) sperm.
To produce a
girl, make love frequently up to a few days before ovulation For a
boy make love on or just after ovulation but not too often.
Orgasme
pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian,
bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya
karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng
dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.
Sekarang telah
diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang
pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa
sama.
Bagaimana
Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita
mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan
kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan
terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj
itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting.
Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang
memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu
merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita.
Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang
terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada
hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka.
Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang
atau sakit.
Sebab itu
sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka
syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat
penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan
zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan
rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat
menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.
Merasakan
Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu
untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita.
Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum
terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4
detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan
rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri
yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu
pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi
tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu
pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim.
Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme
yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat
terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu
otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang.
Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan
normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme
Berganda (Multiple Orgasms)
Berbeza dengan
kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda.
Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah
orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan
nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan
orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita
mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa
minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam
satu jam.
Di antara sebab
hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah
kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang
mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme
dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat
kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.
Kenyataan
menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan
penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks.
Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai
kemuncak kenikmatan.
Baik orgasme
itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian
disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang
dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal.
Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami
rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami
orgasme.
Orgasme
adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang
menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks
dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai
dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme
pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula
Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan
hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang
kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini
dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari
otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada
setiap individu, tetapi lazimnya antara
10-12 konstraksi.
Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan
moden 5cc.
Tanda orgasme
pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah
gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya.
Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di
sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu
berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada
itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari
lubang faraj.
Mencapai
orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini
ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh
suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan
isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami
di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir
dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan
emosi seperti murung.
Dr. Robie
dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku
Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa’ie Ali menulis:
“Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami,
bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan
isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang
beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit
keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai
orgasme. Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum
kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara
lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang
berkaitan penyakit orang perempuan”.
Ellis
dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip
pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria,
dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang
menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya
didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnyaterlalu penuh
berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan
ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak
disempurnakan.
Dari
keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda
Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan
isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru
mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai
orgasme.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Apabila
seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka
hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului
isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan)isterinya
itu”.
(Hadis
riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Apabila
seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka
hendaklah ia
menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai
telah
selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya
maka
janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya
itu hingga
selesai pula hajat isteriny itu”.
(Hadis riwayat
Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“
Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya
maka
janganlahia menyingkir hingga selesai hajatnya
selesai
hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”.
(Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Dari hadis
Rasulullah s.a.w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar
mencapai orgasme yang ideal samaada secara bersama-sama,
ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh.
Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa’ulumiddin,
menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan
isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya
dapat mencapai orgasme.
Berapa lamakah
persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat
mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan
lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit
bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas
faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya
tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai
orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing;
kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak
mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.
Biasanya
persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel
jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya
lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan
lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama
5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan
tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan
oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat
mencapai orgasme dalam masa empat minit.
Untuk
memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat
mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil
langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh
mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang
diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan
sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan
berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.
Alternatif kedua
pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara
berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan
memerhatikan langkah-langkah berikut:
1.
Setelah zakar dimasukkan ke
liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara
perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2.
Alihkan perhatian kepada soal-soal
lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar.
Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat.
Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan
pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak
langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila
ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang
balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai
orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat
bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana
dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan
dengan itu Stoppes berkata
“Selamanya tak boleh
dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan
sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu
berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma
boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan
nafsunya”.
3. Menahan
nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan
melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.
Perlu diketahui bahawa mani
itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras.
Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu.
Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam
keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh
kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak
banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak
darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras
dan kembung. Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi
serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani terhambat
dan tidak dapat keluar.
Alternatif ketiga adalah
dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa
pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu
merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik
dari pihak suami mahupun isteri.
Alternatif keempat ialah
melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot
pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke
scrotum (kantung pelir) lelaki.
Alternatif kelima pula
merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan
perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada
kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh
pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita
mencapai orgasme.
Cara-cara di atas yang
telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme
yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya
mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri.
Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan
faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada
isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama
lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah mengatur
pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang
mengakibatkancepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka
suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya
untuk mencapai orgasme yang ideal.
Perkara yang patut
diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan
lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan
seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti
seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.
Persetubuhan dalam
perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan
isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam
pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak
menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki
bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah
merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya
telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang
dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya
menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.
Seorang suami yang bijaksana
yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan
isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh
menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini
dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu
berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini
memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan
tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini
harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang isterinya hingga
mencapai orgasme.
Betapa bahagianya bila
persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan
tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah
suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj
hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh
saling berpelukan dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui
bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah
ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang
mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih
besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.
Perlu diingatkan bahawa
bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan
keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang
terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi
setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat
berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari
dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat “Alkalin” yang boleh
digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita.
Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah
kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya
sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan
membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia
kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan
bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh
kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang
sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga
habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin
sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi
wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya
yang sebenarnya.
Selain itu Stopes ada
menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap
oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing,
terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling
bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa
hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam
penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya.
Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung
dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan
sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga
jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi.
Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
Begitulah persetubuhan yang
sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme
yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan
rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya
membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama
lain.
Dipetik dari
tulisan Dr. Ismail Thambi
|